Soal
Jawab bersama Pof Madya Dr. Shaiful Bahari Ismail – Pakar perunding
perubatan keluarga (kesihatan lelaki) Universiti Sains Malaysia Kubang
Kerian, Kelantan
Soalan: Ketika bersembang dengan rakan-rakan,
ramai yang mengutarakan masalah yang sama iaitu perut semakin buncit
selepas berkahwin. Saya ingin bertanya, adakah perut buncit merupakan
masalah kesihatan? Bagaimana cara untuk mengatasi masalah ini. – Zubir, kelantan.
Jawapan: Terima kasih atas soalan yang saya kira sangat penting untuk
diketahui ramai, sama ada kaum lelaki mahupun kaum perempuan. Mungkin
disebabkan cara kehidupan kita yang tidak aktif di tambah pemakanan yang
tidak sihat, maka berlakulah masalah perut buncit ini.
Ramai
orang kerap bergurau dengan mengatakan perut buncit ini tanda bahagia
atau tanda kemewahan tetapi yang pastinya perut buncit telah terbukti
secara saintifik berkait rapat dengan banyak masalah kesihatan
termasuklah masalah jantung. Lemak yang terkumpul di perut boleh
diumpakan lemak (viseral) di dalam organ-organ dalam badan termasuklah
hati, jantung dan sebagainya.
Semakin buncit perut menandakan
seseorang itu semakin tidak sihat. Ukuran lilit yang ideal kaum lelaki
ialah 90cm dan bagi wanita adalah 80cm. Ukuran ini perlu dilakukan oleh
pengamal perubatan atau mereka yang mengetahui teknik ukuran tersebut.
Pergilah berjumpa dengan doktor atau jururawat bagi mendapatkan ukuran
lilit perut saudara.
Perut buncit merupakan kriteria utama
sebelum seseorang itu dilabelkan mendapat sindrom metabolik yang berkait
rapat dengan penyakit-penyakit seperti diabetes mellitus, hipertensi,
masalah jantung dan sebagainya. Tidak ada cara selain menjaga pemakanan
yang baik dan melakukan senaman secara konsisten bagi mengatasi masalah
perut buncit. Mungkin cara sedutan lemak atau ‘liposuction’ boleh
dilakukan tetapi kesanya adalah tidak berkekalan jika tidak mengamalkan
cara hidup yang sihat. Semoga kita sama-sama berazam agar perut kita
tidak buncit dan seterusnya mendapat kesihatan yang bekekalan,
Insya-Allah Sumber – Mingguan Malaysia, Ahad 13 nov 2011
p/s:
kawan-kawan, sy syg anda. so, hilangkan pepatah, (PERUT BUNCIT TANDA
BAHAGIA) sbb sebenarnya (PERUT BUNCIT TANDA AWAL PENYAKIT)
No comments:
Post a Comment